Monday, August 25, 2014

Luka kecil

Kerana aku bersangka baik dgn kemampuan mu dlm menyantuni jiwa-jiwa , maka aku takkan meminta. Malah cuba utk melaksana pd manusia-manusia di luar sana. Kata mereka, you'll get what you give.

Saat ini benar teruji bhw tekadnya kita utk terus bersama gerabak ini adalah kerana org2 yg bersama2 dlm gerabak ini atau kerana ghoyah kita yg sama? Tajdid niat.

Selain luka kecil dr hati ini yg saban hari dilukai, berusaha ditampal, terluka lagi, ditampal semula, berulang kali;
aku yakin ada lagi jiwa lain yg merasakan perkara yg sama.. cuma kami belajar utk menguatkan jiwa-jiwa kami dgn cinta yg lbh agung lagi.

Tiap kali terluka, psti hati berbisik.. "Cinta Allah kan ada.. cinta Allah ada selalu.. Allah ada bersama aku.. selalu.. sentiasa.. melebihi dia.. Allah lbh hebat.. "
Dan saat itu juga diri dan hati tersungkur sujud pdNya, merasai pembebasan yg Dia berikan. Merasakan dakapan hangatNya pd jiwa yg terluka.. Ternyata Allah lah pengubat segalanya, kerana Dia lah pemilik jiwa ini..

Allah, tp Engkau tahu betapa hati ini memerlukan jiwa-jiwa lain utk mencintaiku. Hadirkan ya Allah, utk hati ini, cinta murni dr jiwa-jiwa yg turut sama mencintaiMu, ya Wadud..

No comments:

Post a Comment