Sunday, October 12, 2014

Ayah.

Dakapan dr seorang ayah itu ialah yg plg membahagiakan.
Ciuman dr seorang ayah itu yg plg menenangkan.
Yg menjadi dambaan diri ini.

Maka Allah, moga Engkau kembalikan dia pd fitrahnya. Menyembah Engkau yg Maha Esa.
Agar diri ini dpt turut merasa bahagia dan cinta,
Sebagaimana cinta Ismail kpd ayahnya,
Sebagaimana cinta Fatimah kpd ayahnya,
Selayaknya cinta Asma' kpd bapanya.

Allah. Aku mohon..
😔

Thursday, October 9, 2014

Jalan Dakwah Jalan Penyucian

Sebab itu jalan ini penuh kelukaan kerana bukan mudah untuk menyental daki nafsu dan ruh yang yang penuh dengan kotoran dosa dan kemunafikan!

Tak hairanlah ramai yang gugur dijalan ini.

Sebab jalan ini adalah jalan mujahadah.

Jalan pengorbanan.

Jalan yang tidak boleh dimustakmalkan dengan hawa nafsu dan cinta dunia.

Jalan yang tidak boleh kita mengeluh.

Jalan yang tidak ada ujung.

Jalan yang penuh duri. Banjir airmata. Sebak dada dan blood pressure.

Jalan yang bukan teori dan kata kata.

Jalan yang tak cukup tidur dan 24 jam disita masa.

Bila tidur sentiasa terkejut. Bila  terjaga sentiasa berfikir.

Sebab itulah jalan ini perlu tarbiyah.

Bukan sehari dua.

Seminggu dua.

Sebulan dua atau setahun dua!

Tapi tarbiyah sepanjang masa.  Selagi nafas merengus selesa.

Sebab apa?

Sebab nak lahirkan manusia mukhlis.

Bagaimanalah nak raih keikhlasan itu?

Bila kita sanggup mati dijalan ini atau kita khatamkan hayat kita dijalan ini.

Bukannya stop bila dah grad.

Bila dah ada jawatan.

Bila dah nikah.

Bila dah punya suami dan anak anak.

Bila dah gaji besar.

Bila dah kaya.

Bila kita rasa kita dah buat segalanya!

Kerana ….

bila kita berhenti setelah bergerak.

FUTUR akan bertamu mengelus rindu …

Menjanjikan fatamorgana keindahan

Akhi …

Aku selalu mengingatkan diri tentang ini. Kerana ramai ku lihat duat dan aktivis dakwah terhenti bila terperangkap direlung ujian ini kerana dia tidak punya suplemen untuk menghalangnya.

Sebab itu AsSyahid Sayyid Qutb menasihatkan kita dalam zilal QS 2:153 tentang perlunya suplemen ini. Sabar dan Sabar. Segala galanya perlu sabar.

Meski pun kita da’ie namun kita tetap punya kelemahan yang manusiawi.

Tatkala waktu berjalan lama dalam keletihan untuk sampai kepuncaknya dengan ujian dan mehnah dakwah, terkadang kita teruji dgn kerenah mad’u yang menyimpang dari jalan Islam dan meninggalkan kita setelah kita pacu dia dengan tarbiyah!

Pastinya kita sedih dan sedikit kecewa.

Hingga watak kita pun boleh berubah menjadi pelakon movie hindustan.

Emosi dan sensitif.

Mulalah Renung laut.

Renung bulan.

Renung bintang.

Meratap.

Monolog.

Menangis.

Memflashbackkan kisah kisah lalu.

Menyalahkan diri dan berbagai lagi hingga kita rasa tiada lagi jalan keluar!

Dan waktu itu kesabaran pun melemah. Malah hampir hilang sama sekali!

Justeru itu didalam Surah itu Allah menyuruh kita menambahkan solah dan kesabaran kerana Dialah penolong yang tidak jenuh dan bekal yang tidak pernah habis.

Allah menyuruh kita bersabar kerana bersabar itulah antibiotik  penyakit keputusasaan dan bekal yang menguatkan energy hati serta menambahkan kepercayaan diri dalam mentahkikkan perjuangan dijalan yang kita lalui.

Inilah yang perlu kita faham dan rasainya diketika mana sekali pun! Samaada dalam menanggung beban ditengah kekecewaan atau diketika kita rasa jalan terasa begitu panjang dan kemenangan semakin menjauh! Dan Allahlah tunjang kekuatan itu!

Apalagi bila kita terasa kesan usaha kita selama ini tidak berbekas disamping umur yang kita modalkan sudah condong kebarat untuk tenggelam sedangkan cakrawala dakwah dan tarbiyah yang kita lakukan tidak ada satu pun cahaya yang menjenguk terang!

Waktu itu Allah mengingatkan ….

SolatlaH! hadaplah padaKu! Kerana Aku adalah saat yang tepat untuk merengkuh setitis air dari mata air yang tidak akan pernah kering.

Aku adalah kunci gudang perbendaharaan yang mencukupi!

Memuas dan mengenyangkan.

Aku adalah batas realiti bumi yang kecil hinggalah kecakrawala yang maha besar.

Aku adalah angin sepoi sepoi. Embun dan naugan diterik matahari yang menyegat.

Dan Aku adalah sentuhan yang lembut bagi hati yang letih dan payah.

Sebab itu Rasullulah SAW setiap kali berada dalam kepayahan sentiasa menyeru sahabat2nya;

” Istirihatkan kami wahai Bilal!”

Dan beliau banyak banyak mengerjakan solat ketika menghadapi masaalah untuk mengadu padaNya.

Kita bagaimana?

Pernahkan kita begini adanya?

Atau kita mengeluh dan membiarkan masaalah itu mencengkam jiwa lantas dimasuki syaitan yang menyuburkan mazmumah kita!

Kita sepatutnya telah jazam dengan deen ini dan tahu bahawa manhaj Islam adalah manhaj ibadah dan ibadah dalam manhaj ini memiliki banyak rahsia.

Dan rahsia itulah bekal perjalanan kita.

Modal ruh.

Dan juga penerang hati.

Setiap kali ada taklif ( beban agama ) maka ibadahlah kunci hati untuk merasakannya dengan penuh kelazatan, keceriaan dan kebahagiaan ….

Dan sesungguhnya langkah jalan ini amat menerujakan andai kita punya ilmu dan kefahaman tentang fikh dakwah ini.

Sekadar ini untuk perkongsian malam ini

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه
"Ya Allah tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai satu kebenaran, dan berilah kami rezeki mengikutinya."

Sunday, October 5, 2014

Rintih

"Ketika hari itu dtg, tdk seorg pon yg berbicara, kecuali dgn izinNya; maka di antara mereka ada yg sengsara dan ada yg berbahagia.

Maka adapun org2 yg sengsara, maka (tmptnya) di dlm neraka, di sana mereka mengeluarkn dan menarik nafas dgn merintih,

Mereka kekal di dlmnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu mghndaki (yg lain). Sungguh, Tuhanmu Maha Pelaksana trhdp apa yg Dia khndaki.

Dan adapun org2 yg berbahagia, maka (tmptnya) di dlm syurga; mereka kekal di dlmnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu mghndaki (yg lain); sbgi karunia yg tdk ada putus2nya."

(11:105-108)

Saat berbicara soal bahagia.. dunia dan bahagia? Mcm tak kena. Tp bahagia di syurga yg infinity.. seperti yg Allah umpamakn dgn 'selama mane ada langit dan bumi'.. Allah memksudkn bahagia yg kekal dan brpnjgn..
Yg hanya kita bisa dpt di syurga. Hanya saja di syurga.

Begitu juga dgn yg Allah umpamakn utk neraka.. bernafas dgn rintihan bagai saat2 terakhir sakaratul maut dtg menjemput. Bezanya dgn maut, tiada perakhiran. Rintihan nya selama ada langit dan bumi 😨 merintih dgn penuh siksa. Tak terjangkau akal.

Lalu diri masih lg melayan hati, merintih atas sedih yg sekadar cuma? Dibiar brpnjgn selama ada langit dan bumi, walhal punca hanya sekadar cuma? Menyangka kononnya inilah tadhiyah dan tarbiyah yg terlaksana sdgkan Allah berkata (18:103-104)..
Sudah lah.. ini hny sedikit berbanding rintihan di neraka.

Tak mengapa merintih di dunia, hny smntara.. jgn sampai nanti akhirnya di neraka, merintih dlm setiap hela.
Siksa.

Tp katanya.. bahagia itu di hati.. hati yg mengingati Tuhannya 😊.

Friday, October 3, 2014

Of Cuddles and Struggles

I have always been the one longing for that touch of love.. for that care.. but rarely one would notice it. Haha. Yeahh.

But what make me positive and still alive these days is, I know Allah owns The Ultimate Love.

Cinta Dia adalah cinta tanpa batas.
Dia mencintai tanpa kita meminta.
Dia memberi saat kita memerlukan.
Dia masih akan memberi saat kita alpa dr mengingati Nya :(

Of cuddles and struggle, He is always there.
Betapa Dia, yg mencintai hamba Nya dgn segalanya..

Thursday, October 2, 2014

Night

Sending kak fika off to fateh on the same day, mimi's birthday. Such a bless for them.

Me? That is what i get bilamana mengambil selain Allah ke dlm hati ini. You deserved it dear self.
Come on. Get up and move on.

Perbaiki mutabaah amal. Itu kekuatan kamu hanis. Kekuatan kamu hny ada pd Allah, you know it all the time. Why so stubborn?

Wednesday, October 1, 2014

Elixirs of Life

He found me lost and He saved me. Guided me. With tarbiyah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

O you who believe! Answer Allah (by obeying Him) and (His) Messenger when he (SAW) calls you to that which will give you life, and know that Allah comes in between a person and his heart (i.e. He prevents an evil person to decide anything). And verily to Him you shall (all) be gathered.

(8:24)

...

Because tarbiyah and daawah are the elixirs of life. They revitalise our life. They give life.

Thus I refuse to leave,
when Allah still ease me, choose me to be here.
Akhawats, remind me once I forgot my promise. Shake me to reality that I must dedicate myself to this tarbiyah and daawah.

Because they, give life to me.